welcome

WELCOME TO CHEMPAQA'S BLOG...SEMUA YANG DIPAPARKAN DISINI ADALAH KOLEKSI PERIBADI SAYA, KECUALI JIKA DINYATAKAN..

Followers

Friday, March 26, 2010

~Jika anda seorang guru,,apa tindakan anda??~


ASSALAMUALAIKUM...N3 kali nie..kita release tension sikit yer...tugas teman-teman amatlah mudah..sila baca karangan kat bawah nieh, kemudian nilailah sendiri ......jika anda seorang guru..apa tindakan anda?? (picture kat atas..ehsan pocik google)..ini adalah karangan murid darjah 4..nilai kan yer..selamat memerah otak...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati
...

so...ape komen teman-teman?? ke laut ke bukit karangan nie???LU PIKIRLAH SENDIRI..!!!!
BYEEEEEEEE..JANGAN MAREEEEEE..NANTI BERKEDUT MUKA TUH..BARU LEPAS GELAK KAN TADI???.....

13 comments:

  1. hahahaha...jangan akak pulak mati terkojot baca karangan ni.kelakar giler..bukan ke laut lagi,sampai angkasa lepas dah.
    langit ketujuh dah,hahaha

    ReplyDelete
  2. salam kak shas..adoiiiiiii..saya mula2 baca karangan nie,..nak pecah perut rasenya...tulah..rasenya alien pon x sampai gabannya ruper ini..huuhuhuhhu

    ReplyDelete
  3. Sala Chemp ,

    adoih akak gelak besar sampai anak-anak pun heran dan bila suami dan Aisyah baca pun kami gelak geli hati . Memang best la karangan ni mana Chemp dapat ni .

    Tapi ni la di kata kan imaginasi seorang kanak-kanak cuma kesian la cikgu yang periksa bukunya tapi cikgunya pun mesti gelak tak habis macam akak juga . Teringat pula gelagat student2 yang akak ajar dulu selalunya yang banyak imaginasi macam ni pelajar2 tingkatan 1 yang masih terpengaruh dengan cerita kartun .Paling best ending yang semua mati samapi dia sendiri pun mati adoih adoih....akak dan suami masih dok gelak ni...

    lol la ketawa tak habis2 lagi akak masa taip ni pun

    ReplyDelete
  4. Ha..ha.....hha...Oi...kecut peruk akak di buatnya......Lucuuuu sekali..

    tapi apapun saya kagum dengan pengarang cerita nie...banyak pula idea dalam kepala hotak dia....kalau jumpa kad budak nie akak titip salam jer..terus terang akak tak berani nak jumpa dgn budak nie karena akak sendiri belum siap nak mati..masih banyak lagi nak hunting teko kotak & tureens.....belum cukup lagi sampai 100 bijiii..baru jer capai kepala 3.....ha..haa...

    ReplyDelete
  5. salam chemp,,mana engkau dapat karangan ni..apa pun ending part dia mmg best,,dia dah tak tahu nak tulis apa,,semua kojol... Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati...aduiii chempppp,,,tugas cikgu kena screw ketat2 otak dia ni,,,sbb banyak yg longgar ni..

    ReplyDelete
  6. salam chemp...budak ni kreatif,otak penuh imaginasi tapi dah bercampur baur dah, mula2 logik lepas tu dia khayal hingga kita pun mcm rasa hidup kat alam fantasi..betul tu kena ketat2 kan skrew budak tu, tak boleh dibiarkan rosak nanti...

    ReplyDelete
  7. salam chemp....

    penah dpt email tentang karangan ni.... tp ada bahayanyer bila anak2 berimaginasi terlebey.... takut depa ingat leh jadik spiderman or batman or superman... terjun dr umah bertingkat2.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. salam kak chemp..
    hahahahahaha...thanks for sharing citer nie kat sini..saya pun cam kak amy..penah dapat email nie..masa awal2 baca tu mmg gelak sakan..
    mmg sewel otak budak2 sekarang..bak kata yg lain2..screw kena kasi ketat..imiginasi depa di luar batasan..macam anak2 saya kan..kdg2 terimaginasi lawan dengan raksasa..sbb depa perasan depa tu ultraman..hahaha..budak2 sekarang macam2!!.. :D

    ReplyDelete
  9. salam chemp....
    hehhehehe tergelak akak memalam bute nie....pastu campur lagi gelak dengan komen welly...hahahahh adehhh..welly...ooo welly..lawak tul dah penuh dah lemari tu welly...ingat tadi nak rembat seketul bawak balik......

    ReplyDelete
  10. salam chemp......... memang gelak, tp chemp akak tak heran, lebih merapu pun akak dah jumpa, karangan pekso lagi, so camno ..... kalau imaginasi dah terover kreatif

    ReplyDelete
  11. boleh tabik spring juga kat budak tu sbb dapat menulis panjang berjela walaupun tak logik...budak tingkatan 4 pun ada lagi yang tak boleh menulis panjang berjela macam tu...

    ReplyDelete
  12. salam 2 marzhani, ibu intan, K.lynn Midi, yatt, Amy, K.aah, k.Mona, K.welly, K.Nannie...
    karangan nie..dapat dari email..lama dah..tapi sy suka baca..sbb kat sini kita tgk yg fantasinya sungguh canggih (tp sy rase..nie bukan karangan budak-cuba ditulis sekadar hiburan)..so bila sy upset..sy akan baca nieh...yer btul..stuju dgn pendapat rakan 2 yg bertugas sebagai pendidik...budak2 punya karangan skrg..mau migraine...huhuhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin