welcome

WELCOME TO CHEMPAQA'S BLOG...SEMUA YANG DIPAPARKAN DISINI ADALAH KOLEKSI PERIBADI SAYA, KECUALI JIKA DINYATAKAN..

Followers

Monday, March 22, 2010

~Kasihnya Ibu~

ASSALAMUALAIKUM
malam ini tiada N3 pasal pinggan ..cuma nak berkongsi perasaan dengan teman-teman..email ni sangat menyentuh hati ku....dan kawanku meminta ku forwardkan kepada rakan jika sayang ibu anda...
dulu pernah ade iklan nie kat tv tentang seorang ayah yang menyuruhnya anak lelakinya ke kedai, sedangkan dia nak bermain dengan rakan-rakannya,sebagai tanda protes, kanak-kanak terbabit telah meminta bayaran atas segala penat lelahnya pergi ke kedai..si ayah cuma tersenyum dan membalas balik seperti kata-kata di bawah..cukup mnyentuh hati..
tapi tak salahkan kalau kita berkongsi di blog....agar ramai yang mendapat manfaat..renung-renungkan

"Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya?..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya?..
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.....?



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
> 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

'Saya Sayangkan Ibu'.Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

kita semua ada ibu..bagi mereka yang ibunya masih hidup, slalulah bertanya khabar-walaupun sekadar telefon ,sbb seorang ibu hanya mahukan kasih sayang dan perhatian dari seorang yang bernama anak..bukan wang yang mereka kejarkan..bagi mereka yang telah kehilangan ibu tersayang, sedekahkanlah 'AL-FATIHAH'..smoga roh ibu anda diletakan bersama mereka yang beriman..AMIN...

6 comments:

  1. salam chempaqa...

    hampir menitis airmata akak baca kisah ni..al-fatihah untuk arwah mak kak inna yang dah tiada..

    ReplyDelete
  2. salam kak.inna
    alfatihah jg dari sy buat semua ibu2 blogger yg dah lembali ke rahmatullah...sedihkan...tapi x ramai yg hargai ibu hari ini...

    ReplyDelete
  3. mungkin masa kecik-kecik tak rapat kot..sebab tu bila dah dewasa tak mesra..kak inna dengan adik beradik perempuan yang lain sampai anak dara masih tidur dengan mak....bunyinya macam teruk kan.. berpisah tidur bila dah kawin aje... :-) kalau mak masak mesti nak sama-sama tolong,bersihkan rumah bersama,makan mesti bersama ,berkongsi cerita pun bersama..rasanya hidup dah lengkap bila ada ibubapa...tak ada boyfriend pun tak kisah masa tu...tapi sampai jugak jodoh akak ni...hehe..

    .

    ReplyDelete
  4. salam kak..btul tuh kak..kalu dulu hub dgn ibu cukup rapat..sbb abah garang sangat..so ape2..cite kat ibu, even bf chemp pon, mesti mak yg first dapat taw...tapi bila baca anak buang ibu bapa. sedih sgt..mcm kata akaklah..mukin masa kecik dulu, mrk tak merasai kasih sayang yg sewajarnya dr org2 tua mrk....tapi bestlah layan chatting kat ini plak kita kan kak??hahahha

    ReplyDelete
  5. salam chemp..wah dah beli almari baru..bolehlah skodeng nanti yer..mana dapat teko kangkung camtu..lawalah..

    ReplyDelete
  6. salam kak..
    hihihihi..lemari lama lah kak..baru interframe..teko kangkong tuh ..beli dgn k.saidah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin