SYUKUR ALHAMDULILLAH...memang tidak ku sangka sama sekali akan memenangi esei contest nie(kategori oriental)..sebab memang ku tak pandai menulis esei pun..main hentam jer..bilaku tengok kat blog Yatt Precious ada contest..ku cuba sajalah..sementelah ku sedang menyiapkan kajian ku..so 2 in 1 lah....esei nie ku karang tak sampai 30 min pon..tuh pun pkl 12 mlm...ding dongggg..pukul 12.30 ku dok snap pic tureen..x ker kejer gila tuhhhhhhh...huuhuuhhuuhu..sampai hubby siap cakap..""laaaaaaa..ingat pencuri masuk umah..rupanya ade yg ngigau..sampai sempat lagi dok snap pic...tido ler..x lari kemana tureen tuh"mmg perihatin btul lah...haahaha
Di sini ku ingin mengucapkan sekalung tahniah buat pemenang kategori kolonial K.Azzah8 dan K.Rohas untuk kategori misteri dan juga untuk peserta-peserta lain yang mengambil bahagian..bagi saya..semua yang masuk pertandingan adalah pemenang .. kalah dan ada yang menang adalah adat bertanding....kali ini rezeki saya..mana taw..lain kali..rezeki tuan puan pula.....juga berbanyak terima kasih pada penyumbang hadiah iaitu Taj dan K.Mona UK...hadiahnya memang berbaloi-baloi.
So, layan jerlah esei ku..(ku rase kalu ambik SPM sekali lagi..kompem 6 pening)..kot-kot kena ambik July paper...waaaaaaaaaaaa...nie adalah esei original yang ku hantar..tanpa sebarang editing......tapi if ade yg muntah darah lpas baca..jgn claim bil hospital yer..baca atas tanggungjawab sendiri..wakaakakaka..selamat membaca....:-))
TUREEN WARISAN KELUARGAKU
Tak kenal maka tak cinta. Peribahasa itu jelas menunjukkan untuk menyayangi haruslah mengenali terlebih dahulu. Bagi sesiapa yang tidak mengenali tureen, mungkin beranggapan ia cuma sebahagian dari perkakasan menghidang makanan. Tapi bagi pengumpul pinggan mangkok lama, tureen ibarat centre point atau pelengkap sesuatu hidangan.
Tureen adalah sebahagian pelengkap hidangan dan sajian untuk mengisi makanan seperti sup, minuman ataupun makanan berkuah. Tureen terdapat dalam pelbagai bentuk corak dan saiz. Tureen kebiasaanya diperbuat daripada seramik dan berbentuk bulat, bersegi atau bujur dengan motif bunga, geometri atau abstrak. Mempunyai tangkai yang kebiasaannya di sepuh dengan air emas atau perak di sekeliling rim atau pemegangnya untuk menyerlahkan lagi keunikannya. Dahulu, tureen dihidangkan sekali dengan lapik, untuk nampak lebih sopan ketika di meja makan.
Sempena pertandingan mengarang esei kisah tureen ini, saya ingin mengambi kesempatan untuk menulis tentang tureen tunggal yang ada dalam simpanan saya sekarang. Tureen ini diberikan oleh ibu kesayangan saya, kira-kira 10 tahun dahulu. Ini adalah tureen oriental, made in China. Tahun keluarannya tak dapat dipastikan, sebab di belakangnya tidak mempunyai sebarang chop. Mengikut cendekiawan pinggan lama, jika tiada sebarang chop, ia adalah antara keluaran terawal, mungkin sebelum tahun 1940an lagi. Lagipun tureen ini adalah kepunyaan moyang saya lagi.
Saya sangat menyukai tureen ini kerana bentuknya yang bujur dan bermotif bunga ros kecil atau di kalangan pengumpul pinggan lama ia dipanggil wild roses. Panjangnya 18 cm dan tingginya cuma 6 cm. Penutupnya mempunyai tompokan bunga ros yang hampir memenuhi keseluruhan penutupnya. Sementara badannya pula mempunyai dua kuntum bunga ros di depan dan belakang. Mempunyai tangkai dan telinga atau pemegang yang bersepuh air emas. Gabungan warna pink terang dan gelap serta daun kehijau-hijauan,menyerlahkan lagi keindahan tureen ini.
Akhir sekali terima kasih kat KAK GEE (MY LITTLE PERSONA).yang sangup sms aku pagi tadi..cakap koleksi tureen ku bertambah..confuse jg mula-mula..bila masa plak aku oder tureen? Lepas tuh baru teringat..mungkin tureen hadiah contest...ALHAMDULILLAH..memang rezeki ku...ku dapat memiliki Tureen Oriental- sumbangan Taj..
salam chemp..tahniah dah menang pun,,lain kali kalau ada ,masuk lagi ye,,hihi,,bagus karangan tu,,yg penting penyertaan tu kan,,tkasih chemp..
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletetq kak..krn menganjurkan contest ni..ALHAMDULILLAH..dapat juga tureen..tulah...masukutk sama2 memerihkan blog kawan2..kna lah supportkan??tq 4 the lovely tureen...
salam kak chemp...
ReplyDeletebaru je abis bace esei tureen kak...hehehe
mmg bes dan padat dgn informasi..
tahniah ye kak...nti jgn lupe shre hadiah dgn sy..hahhahah
salam zany..
ReplyDeletetq..sbb sudi baca..kalu rase nak demam ker..biaselah yer....sbb esei tuh x secun yang diharapkan..esei biase2 jer..tq 4 the support...hadiah??ok jom kita kongsi pic jer ya..hahahahaha
salam perkenalan chemp...,
ReplyDeletebest baca essei chemp, tureen pun cantik. congrats ya! :))
akak follow & link....
salaam chemp, congrats dear !..not bad at all lah your bm..akaknyer lagi terabur ..hahaha..
ReplyDeletesalam kak chemp..
ReplyDeletetahniah sekali lagi kak chemp..kan berbaloi mencuba kan..saya link n3 akak ye..
thanks atas penyertaan & masa akak tu..saya amat menghargai & berbesar hati atas kesudian akak join.. ;)
tahniah chem...
ReplyDeletebertambahlah lagi sebiji tureen..