Salam Maulidur Rasul buat semua kawan-kawan blog yang beragama Islam.
Sudah menjadi tradisi masyarakat Islam umumnya menyambut Mulidur Rasul, kelahiran nabi Muhammad yang tercinta tanggal 12 Rabiul Awwal. Sekalian alam menyambut kelahiran baginda dengan penuh/p>
Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim
Begitulah bait-bait gambaran keadaan ketika saat kelahiran baginda s.a.w yang telah diabadikan dalam nasyid dendangan kumpulan Raihan. Kelahiran baginda adalah suatu “rahmat untuk keseluruhan alam” dan bagaikan nur yang menerangi alam yang berada dalam kegelapan. Baginda telah diutuskan membawa ajaran Islam yang mulia dan menjadi contoh teladan kepada seluruh umat manusia. Kita sebagai pengikut baginda s.a.w seharusnya berusaha untuk mengenali baginda dengan lebih rapat dan berusaha untuk mengamalkan sunnah baginda sebanyak mungkin.
(Nieadalah petikan dari Wikipedia)..Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
No comments:
Post a Comment